Tuesday, March 30, 2010

sedim oh sedim.......







Salam buat semua..........ini merupakan program kedua ku buat bulan february tahun ini..........seminggu selepas pemergianku ke cameron highland.........syukur kepada yang esa kerana masih memberi peluang kepada ku menguruskan lagi program bersama kolej yang masih ingin setia bersama ku........terima kasih jua pada mereka yang sentiasa memberi sokongan terhadap ke dan rakan2........credit to kelab kembara yang masih memberi kepercayaan kepada ku untuk menguruskan program mereka..........

26/02/2010- 8.00pagi.....seperti perjanjian biasa......ingin bertolak seawal mgkin......ungkapan yang sering didengar dari setiap program yang aku hadiri.........tap bagiku perkara ini sudah menjadi adat dalam perjanjian.......sehingga kata-kata lama yang sering diulang.....janji melayu.....sedangkan aku juga melayu......benci dengan ungkapan itu.......pergerakan perjalana bermula seawal jam 8.30 pagi dari tempat berkumpul dihadapan hostel kptm bangi.........setelah bacaan doa dan perkiraan peserta oleh kedua dreba bas.......kami memulakan perjalanan.........sedim oh sedim.............
ini merupakan perjalan jauh pertama ku sepanjang aku diberi peluang untuk menguruskan program bersama mereka ini.........ini juga program pertama ku bersama mereka ini yang dibenarkan untuk mengadakan aktiviti lasak......terima kasih buat en radzi dari ukm, pengarah program juga mereka yang menyokong penuh dalam menjayakan program ini terutama buat pengarah mereka........=) perjalanan ini mengambil masa agak panjang bagi ku........boleh dikatakan hampir 5 kali kami berhenti untuk sarapan, membuang segala yang telah dimakan dan makan balik setelah keluar dari tol juru...........
perhentian perjalanan ku setelah jam mencecah pukul 3 ptg..........hujan rintik2 ketika aku bersama peserta manjejakan kaki bagai salam perkenalan menyambut ketibaan kami disini...........terima kasih buat pengurusan kem yang mengalukan kedatangan rombongan ku kesini.........bermula la satu episod baru bagi peserta dan juga aku sebagai pengelola mereka.........

seperti selalu bagi kem yang aku kelola........briefing adalah perkara penting sebelum aku meneruskan aktiviti yang seterusnya.........pengenalan mengenai tempat diberikan oleh pengurusan kem.....tahnx to cikgu yang sudi meluangkan masa memberikan penerangan mengenai kem beliau..........kata2 aluan diambil oleh sahabat ku en razi sebelum pantang larang mengenai program yang diambil alih oleh ku........


setelah selesai solat, penetapan bilek dan acara2 lain bagi semua ini.........program diteruskan dengan atur cara pertama........mandi tym.........acara ini diambil oleh en razi selaku penyelamat terbaek.........=)



9.00mlm- program mlm ini dimulakan dengan pecah ais yg dikelolakan oleh aku bersama pyan aka en razi.......tiada yang terbaru dan latest selain pengenalan ku dengan mereka yang baru........penerangan serba sedikit mengenai acara kemuncak esok mengakhiri ceramah aku mlm itu.............acara beradu mengambil alih setelah selesai minum mlm kami........
27/02/2010 -8.30 pagi.....seawal jam ini kami memulakan pergerakan untuk ke atas jeram sg sedim........perjalanan menaiki 4wd antara kenangan yang xbisa bagi ku untuk peserta program kali ini.......berada dibelakang tempat barang hilux menggamit kenangan peserta seperti mula2 memasuki negara ini ketika bekerja diladang teh........dapat aku rasakan itu pabila salah seorang dari peserta ku bersuara menyatakan memorinya mengingati peristiwa tersebut........terasa sebak bagiku bila mendengar pengakuan ikhlas mereka menyatakan betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi dinegara sendiri.......=p ku biarkan memori itu berlalu dalam kenangan mereka.......ape yang paling penting buatku kali ini adalah mengapai misi untuk menceriakan mereka dan mengotakan janji ku pada mereka untuk bermain water rafting yang selama ini hanya mereka lihat dan dengar dari kaca tv dan perbualan dari mulut ke mulut.............sesampai ku di jeram sg sedim..........kami disambut oleh sahutan dan pekikan dari peserta yang sedang menjalankan aktiviti water confiden.........aku bersama peserta program terpaksa menunggu untuk giliran kami.......penantian sambil memerhatikan gelagat peserta dari uum (kalau xclap ku) tidak memadakan semangat peserta untuk menakluki jeram sg sedim ini.........penat sudah aku berceloteh......ku biarkan kamu semua saksikan gambar ini sebelum aku meneruskan bicara ku.........


setelah selesai berperang dengan jeram dan air cetek........juga setelah mkn tghari yang enak........acara diteruskan dengan musang terbang dan turun dari tempat tinggi..........petang ini cuaca seperti memberi keizinan buat kami meneruskan acara.........aku yang bermalas dihamock hanya sempat memerhatikan gelagat dari peserta yang menguap berulang kali ketika penerangan diberikan oleh cikgu mengenai keselamatan permainan ini...........terutama buat mesir, lyn, ika, sat dan iezwin yang sering bertukar gaya menguap umpama kumpulan koir sekolah rendah.........disini sempat kurakamkan sedikit gamba pabila ku terjaga bila terdengar jeritan manja mengada dari para peserta..........

malam ini seperti mana2 kem yang pernah aku kelolakan pasti ada menu bakar membakar.......cuma yang pastinya bukan membakar kem seperti yang berlaku di mana2 kem tahanan yang pernah kita dengar sebelum ini........setelah selesai santapan malam......aku meneruskan program ku dengan malam kebudayaan.........kemuncak malam ini kusertakan dengan program nite walk yang menyeramkan......bukan kerana malam yang dingin disertakan bulan mengambang penuh.......tapi drakula kecil yang menghisap segenap lapisan kulit yang melangkaui persempadananya........mlm ini aku atau kami diberi penghormatan sekali lagi sempena dengan kedatangan kami disini........jika petang semalam hujan renyai2 membasahi pipi.....tapi mlm ini kilat sabung menyabung dan guruh berdentum bagaikan satu petanda untuk kami menghentikan program penderaan mental kepada peserta........sesi tamat setelah peserta dimandikan oleh pengelola peserta.........

28/02/2010 - 8.30pagi.....ini merupakan hari terakhir program buat kami...........seawal jam ini setelah santapan pagi.......kami sekali lagi menaiki ke atas untuk tree top walk (canopy walk).........setelah kesemua peserta tiba di balai ketibaan yang berada di muka pintu masuk......kamidibenarkan memasuki canopy walk ini dengan pelepasan seramai 10 orang dalam satu2 masa..........bunyian jeram yang berada jauh ditelapak kaki bagai memecah kesunyian pagi itu.......tidak lupa juga pada hilai tawa peserta yang aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mengelikan hati pabila melihat rakan2 mereka yang sedang bergayut didahan pokok menceriakan lagi pagi itu..........setelah selesai melihat keadaan sekeliling sambil mempelajari serba sedikit mengenai tumbuhan disekitar........kami kembali ke kem untuk makan dan berkemas pulang..............
bagi ku program kali ini byk mengajarku mengenai xtvt air ini.....aku juga mengharapkan kegembiraan yang dialami oleh peserta bukan hanya sekadar suka dan gembira.......pengalaman yang diambil dalam kegembiraan itu lebih bermakna pada ku........kod sign bila berada didalam raft........cara untuk terjun kedalam air ketika memakai bouyancy aid......(life jaket) antara perkara yang dapat aku tuliskan sebagai peringatan dalam aktiviti air ini......sekali lagi jutaan terima kasih buat semua yang bersama menjayakan prog ini............tiada kejayaan sesuatu program tanapa bantuan yang dihulurkan dari semua.............terima kasih juga atas kepercayaan kalian................

Sunday, March 21, 2010

cameron valley....



lama sangat x update sejak balik dari Cameron hari tu......kebetulan hari ni adalah hari malas bekerja aku....so aku cuba untuk update cerita dari pergerakan dengan bebudak kptm bulan februari ari tu......harap sesiapa yang membaca terhibur dan sudi untuk mengambil aku untuk menguruskan perjalanan kalian lagi........


12/2/2010 - jumaat.....pergerakan petang ini agak terancang berikutan atai "my Man' sudi untuk turun ke rumah membantu aku mengemas barang sebelum bernagkat pergi......jam menunjuk kurang lebih 3petang aku bergerak ke hostel KPTM Bangi untuk memastikan kelancaran majlis perjalanan tersebut......seperti kebiasaanye janji melayu untuk bergerak lepas jumaat tidak dapat ditunaikan dan diserikan lagi dengan kelewatan kehadiran para peserta program menambah lagi keindahan perjalanan tersebut. setelah selesai pembahagian bahan makanan ke dalam bas.....kami bergerak menuju ke cameron bagi menggapai misi mendaki 4 gunung dalam masa 2hari........camron...here we come........
Perjalan yang biasanya mengambil masa kurang dari 3 jam kami sudahi dengan 5jam untuk sampai di susur keluar tapah. dengan tidak mengambil kira faktor cuti hari perayaan.....kami gagahi perjalan kami menggunakan lebuhraya utara selatan yang sememangnya jam dari susur keluar bandar baru bangi sehinggalah ke susur keluar sg besi dan dipersambungkan pula ke tol jalan duta sehingga ke rawang......tahniah kepada sesiapa yang memandu dapat sampai ke destinasi dengan selamat. perhentian pertama kami di tol tapah bagi menjamu selera untuk mlm ini. walaupun tempat sepatutnya berhenti di hentian tapah.....tap memandangkan hentian tapah begitu popular bagi pengguna lebuhraya ketika itu....kami terpaksa menjamu selera di tol tapah....maaf kepada semua yang hadir kerana keadaan yang kurang selesa.........perjalanan diteruskan setelah selesai mematuk.........
12.05pm.....tiba di perkarangan mardi bagi melelapkan mata untuk perjalanan malam pertama ini.....walaupun embun jantan telah menunjukkan taringnya.......kami berusaha untuk merehatkan diri bagi menakluki gng pertama esok...........keterujaan menyelubungi diri peserta ketika ini......
13/02/2010 - sabtu...seawal jam 5 pagi lagi kedengaran suara para peserta program menyiapkan diri.......mengikut penerangan semlm, peserta hendaklah bersiap sedia dengan peralatan dan kudapan pendakian seawal jam 8 pagi......dan kebiasaanye menjangkau ke 9 pagi.....cuma program kali ini membuatkan aku agak terkasima bila terdengar suara seawal jam 5 pagi dari peserta......erm.....barangkali embun jantan yang begitu menyengat pada pagi itu.........


dalam jam lebey kurang 8.45 pagi.....kami memulakan pendakian.....berbekalkan air mineral water sebotol seorang dan roti sekeping kami memasuki perkarangan ladang mardi membuat lawatan sebelum meneruskan memanjat gunung berembun.....credit buat Mr Planta diatas perbincangan dengan pengarah merdi cameron kerana membenarkan kami memasuki ladang untun meneruskan pendakian........kubiarkan gambar ini meneruskan bicara ku........
















perjalanan ke gng berembun ini mengambil masa kurang lebih 3jam untuk sampai kepuncak...bagi mereka yang biasa mendaki, ini merupakan perkara biasa untuk itu......mungkin pengambilan masa kurang dari itu bagi pendaki-pendaki tegar......bagi kami yang baru berjinak-jinak dengan kegiatan luar ini.....perjalanan seperti ini mungkin berlansung lebih lama dari kebiasaan.....berikutan dari kurang persediaan yang cukup para peserta.....kami terpaksa membantutkan pendakian hanya berada di kaki gunung dan melepasi sahaja cabagn jalan untuk kepuncak gunung berembun.......kami meneruskan perjalan menuju ke menara tinjau (walaupun sudah tiada menara tinjaunya)berhampiran kem sungai pauh dan parit fall yang gagah dengan kecantikanya suatu ketika dulu...........ini bagi meneruskan menjejaki dan menggapai dua lagi gng di bahagian petangnya.........perdah dan jasar...........kami berada di perkarangan kem sg pauh dlam jam lebey kurang 12tghari.........perjalanan diteruskan ke tapak chalet asli lodge untuk makan tengahari dan rehat sebelum mendaki gunung seterusnya.....credit buat tuan empunya chalet.......Pn jamaliah dan anak perempuan beliau nadia yang cantik =p atas kerjasama dan kepercayaan beliau.........


tepat jam 3.00 ptg...berbekal kederat yang masih ada......kami meneruskan perjalan menghala ke gunung perdah......credit again to Mr Planta......atas kesudian untuk menjadi guide kami ke atas......ini memandangkan tiada siapa yang sannggup jadi swiper.......erm.......pendakian gng yg pertama ini hanyalah mengambil lebih kurang 15 minit sahaja......setelah itu kami meneruskan perjalanan ke gng jasar memandangkan masa yang agak terhad......perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 15 minit untuk sampai ke puncak gng jasar......bersyukur tiada siapa yang cedera sewaktu mendaki......cuaca agak terik ari ini......setelah sesi bergambar tamat......jam lebey kurang 5.15ptg.....kami mula menuruni untuk terus ke chalet penginapan kami.........


tiada yang menarik untuk aktiviti malam ini.......kepenatan lebih menyelubingi diri.....di samping sejuk yang mencengkam......erm.......ini merupakan kali pertma aku tidur menggunakan stokin walaupun merupakan kali ketiga aku kemari.........kesejukan sehingga 9darjah celcius........erm.....sedikit ralat bagi kem kali ini.....peserta berjaya menggulingkan kerajaan ketika itu bagi menyaksikan filem hantu jerut purut yang sedang ditayangkan dikaca astro ketika itu.....camping yang paling sengal pernah aku adakan.........erm.....

14/02/2010- 6.30 pagi.....penyedian makanan untuk perjalan ari nie disediakan.........aku terjaga bila terdengar suara dari tukang2 masak yang cbuk bercerita.......seperti yang dirancangkan....kami akn mula bergerak menaiki puncak lebey kurang jam 9.00pagi....memandangkan pendakian hari ini mengambil masa lebey kurang 2-3 jam....ini kerana mengikut perkiraan waktu dan stamina peserta yang telah ku ukur dari pendakian semalam..... tepat jam 9.00 kami bergerak menuju ke pekan berinchang......disini kami menyediakan diri untuk tempoh yang mencabar bagi 2jam yang berikutnya.....setalah bacaan doa....perjalan dimulakan........

bau wangian mula menusuk hidungku........bauan taik ayam sebagai baja di sepanjang perjalana sebelum memasuki trek sebenar pendakian kami........seterusnya ku biarkan gambar ini meneruskan cerita ku..........


dalm jam lebey kurang kul 11.30 kami sampai di puncak...bersyukur kerana tiada ape halangan yang menimpa sepanjang perjalanan......cuaca yang amat baik untuk hari ini......setelah sesi bergambar dan mematuk makanan selesai......aku memulakan perjalanan bagi menuruni gunung ini.....seperti biasa....menuruni lebih mengambil masa yang singkat dari memanjat....group pertama tiba di pekan brinchang hanya mengambil masa 1jam 30 minit sahaja.......aku yang bergerak umpama kereta separa abad nie.....cam biasa.....lebey lewat dari itu..........tersa kekejangan di telapak kaki sepanjang perjlanan.....mungkin kurang bersenam sebelum pergi kr trip ini barangkali.......lewat jam 4, kami bergerak semula ke chalet untuk persiapan makan malam.........sperti program yang sebelumnya.......menu bakar membakar bagi malam ini.....aku mengambil tugas dari makcik kantin untuk memasak malam ini..........










15/02/2010 - 10.45 pagi, setelah selesai sarapan pagi........aku bersama peserta mengambil langkah keluar dari chalet penginapan kami.......sekali lagi sesi bergambar dan salaman antara peserta berlansung.......bagi aku dan juga creaw......perjalan diteruskan bersama peserta luar yang membawa kereta sendiri......perhentian pertama ku adalah membeli belah sayur2........setelah itu....seperti trip2 sebelumnya.......tiada guna ke cameron highland tanpa bergambar di ladang teh dan strawbery.............setelah selesai semua......perjalan diteruskan menuju pulang ke penginapan masing2.........















bagi trip kali ini.......perkataan camping bagai tidak wujud walaupun program yang sepatutnya dipanggilkan perkhemahan dan pendakian.........masalah mula muncul bila panggilan ku 3mggu sebelum itu dijawab oleh jabatan hutan cameron yang menyatakan tapak kem sungai pauh penuh dan telah ditempah oleh orang lain........Alhamdulillah masalah ku selesai setelah Mr P menghubungi semula (kawan Lamanya) bagi mendapatkan tempat bermalam.......aku bersyukur setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan walaupun terpaksa bekerja lebih........seperti yang sebelumnya,....aku mengharap semua yang hadir pada program ini berpuas hati diatas layanan yang xseberapa dari kami........terima kasih baut semua yang memberikan sokongan.........tanpa doa dan sokongan dari semua....program kali ini mungkin xdapat dilaksanakan........