Sunday, March 21, 2010

cameron valley....



lama sangat x update sejak balik dari Cameron hari tu......kebetulan hari ni adalah hari malas bekerja aku....so aku cuba untuk update cerita dari pergerakan dengan bebudak kptm bulan februari ari tu......harap sesiapa yang membaca terhibur dan sudi untuk mengambil aku untuk menguruskan perjalanan kalian lagi........


12/2/2010 - jumaat.....pergerakan petang ini agak terancang berikutan atai "my Man' sudi untuk turun ke rumah membantu aku mengemas barang sebelum bernagkat pergi......jam menunjuk kurang lebih 3petang aku bergerak ke hostel KPTM Bangi untuk memastikan kelancaran majlis perjalanan tersebut......seperti kebiasaanye janji melayu untuk bergerak lepas jumaat tidak dapat ditunaikan dan diserikan lagi dengan kelewatan kehadiran para peserta program menambah lagi keindahan perjalanan tersebut. setelah selesai pembahagian bahan makanan ke dalam bas.....kami bergerak menuju ke cameron bagi menggapai misi mendaki 4 gunung dalam masa 2hari........camron...here we come........
Perjalan yang biasanya mengambil masa kurang dari 3 jam kami sudahi dengan 5jam untuk sampai di susur keluar tapah. dengan tidak mengambil kira faktor cuti hari perayaan.....kami gagahi perjalan kami menggunakan lebuhraya utara selatan yang sememangnya jam dari susur keluar bandar baru bangi sehinggalah ke susur keluar sg besi dan dipersambungkan pula ke tol jalan duta sehingga ke rawang......tahniah kepada sesiapa yang memandu dapat sampai ke destinasi dengan selamat. perhentian pertama kami di tol tapah bagi menjamu selera untuk mlm ini. walaupun tempat sepatutnya berhenti di hentian tapah.....tap memandangkan hentian tapah begitu popular bagi pengguna lebuhraya ketika itu....kami terpaksa menjamu selera di tol tapah....maaf kepada semua yang hadir kerana keadaan yang kurang selesa.........perjalanan diteruskan setelah selesai mematuk.........
12.05pm.....tiba di perkarangan mardi bagi melelapkan mata untuk perjalanan malam pertama ini.....walaupun embun jantan telah menunjukkan taringnya.......kami berusaha untuk merehatkan diri bagi menakluki gng pertama esok...........keterujaan menyelubungi diri peserta ketika ini......
13/02/2010 - sabtu...seawal jam 5 pagi lagi kedengaran suara para peserta program menyiapkan diri.......mengikut penerangan semlm, peserta hendaklah bersiap sedia dengan peralatan dan kudapan pendakian seawal jam 8 pagi......dan kebiasaanye menjangkau ke 9 pagi.....cuma program kali ini membuatkan aku agak terkasima bila terdengar suara seawal jam 5 pagi dari peserta......erm.....barangkali embun jantan yang begitu menyengat pada pagi itu.........


dalam jam lebey kurang 8.45 pagi.....kami memulakan pendakian.....berbekalkan air mineral water sebotol seorang dan roti sekeping kami memasuki perkarangan ladang mardi membuat lawatan sebelum meneruskan memanjat gunung berembun.....credit buat Mr Planta diatas perbincangan dengan pengarah merdi cameron kerana membenarkan kami memasuki ladang untun meneruskan pendakian........kubiarkan gambar ini meneruskan bicara ku........
















perjalanan ke gng berembun ini mengambil masa kurang lebih 3jam untuk sampai kepuncak...bagi mereka yang biasa mendaki, ini merupakan perkara biasa untuk itu......mungkin pengambilan masa kurang dari itu bagi pendaki-pendaki tegar......bagi kami yang baru berjinak-jinak dengan kegiatan luar ini.....perjalanan seperti ini mungkin berlansung lebih lama dari kebiasaan.....berikutan dari kurang persediaan yang cukup para peserta.....kami terpaksa membantutkan pendakian hanya berada di kaki gunung dan melepasi sahaja cabagn jalan untuk kepuncak gunung berembun.......kami meneruskan perjalan menuju ke menara tinjau (walaupun sudah tiada menara tinjaunya)berhampiran kem sungai pauh dan parit fall yang gagah dengan kecantikanya suatu ketika dulu...........ini bagi meneruskan menjejaki dan menggapai dua lagi gng di bahagian petangnya.........perdah dan jasar...........kami berada di perkarangan kem sg pauh dlam jam lebey kurang 12tghari.........perjalanan diteruskan ke tapak chalet asli lodge untuk makan tengahari dan rehat sebelum mendaki gunung seterusnya.....credit buat tuan empunya chalet.......Pn jamaliah dan anak perempuan beliau nadia yang cantik =p atas kerjasama dan kepercayaan beliau.........


tepat jam 3.00 ptg...berbekal kederat yang masih ada......kami meneruskan perjalan menghala ke gunung perdah......credit again to Mr Planta......atas kesudian untuk menjadi guide kami ke atas......ini memandangkan tiada siapa yang sannggup jadi swiper.......erm.......pendakian gng yg pertama ini hanyalah mengambil lebih kurang 15 minit sahaja......setelah itu kami meneruskan perjalanan ke gng jasar memandangkan masa yang agak terhad......perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 15 minit untuk sampai ke puncak gng jasar......bersyukur tiada siapa yang cedera sewaktu mendaki......cuaca agak terik ari ini......setelah sesi bergambar tamat......jam lebey kurang 5.15ptg.....kami mula menuruni untuk terus ke chalet penginapan kami.........


tiada yang menarik untuk aktiviti malam ini.......kepenatan lebih menyelubingi diri.....di samping sejuk yang mencengkam......erm.......ini merupakan kali pertma aku tidur menggunakan stokin walaupun merupakan kali ketiga aku kemari.........kesejukan sehingga 9darjah celcius........erm.....sedikit ralat bagi kem kali ini.....peserta berjaya menggulingkan kerajaan ketika itu bagi menyaksikan filem hantu jerut purut yang sedang ditayangkan dikaca astro ketika itu.....camping yang paling sengal pernah aku adakan.........erm.....

14/02/2010- 6.30 pagi.....penyedian makanan untuk perjalan ari nie disediakan.........aku terjaga bila terdengar suara dari tukang2 masak yang cbuk bercerita.......seperti yang dirancangkan....kami akn mula bergerak menaiki puncak lebey kurang jam 9.00pagi....memandangkan pendakian hari ini mengambil masa lebey kurang 2-3 jam....ini kerana mengikut perkiraan waktu dan stamina peserta yang telah ku ukur dari pendakian semalam..... tepat jam 9.00 kami bergerak menuju ke pekan berinchang......disini kami menyediakan diri untuk tempoh yang mencabar bagi 2jam yang berikutnya.....setalah bacaan doa....perjalan dimulakan........

bau wangian mula menusuk hidungku........bauan taik ayam sebagai baja di sepanjang perjalana sebelum memasuki trek sebenar pendakian kami........seterusnya ku biarkan gambar ini meneruskan cerita ku..........


dalm jam lebey kurang kul 11.30 kami sampai di puncak...bersyukur kerana tiada ape halangan yang menimpa sepanjang perjalanan......cuaca yang amat baik untuk hari ini......setelah sesi bergambar dan mematuk makanan selesai......aku memulakan perjalanan bagi menuruni gunung ini.....seperti biasa....menuruni lebih mengambil masa yang singkat dari memanjat....group pertama tiba di pekan brinchang hanya mengambil masa 1jam 30 minit sahaja.......aku yang bergerak umpama kereta separa abad nie.....cam biasa.....lebey lewat dari itu..........tersa kekejangan di telapak kaki sepanjang perjlanan.....mungkin kurang bersenam sebelum pergi kr trip ini barangkali.......lewat jam 4, kami bergerak semula ke chalet untuk persiapan makan malam.........sperti program yang sebelumnya.......menu bakar membakar bagi malam ini.....aku mengambil tugas dari makcik kantin untuk memasak malam ini..........










15/02/2010 - 10.45 pagi, setelah selesai sarapan pagi........aku bersama peserta mengambil langkah keluar dari chalet penginapan kami.......sekali lagi sesi bergambar dan salaman antara peserta berlansung.......bagi aku dan juga creaw......perjalan diteruskan bersama peserta luar yang membawa kereta sendiri......perhentian pertama ku adalah membeli belah sayur2........setelah itu....seperti trip2 sebelumnya.......tiada guna ke cameron highland tanpa bergambar di ladang teh dan strawbery.............setelah selesai semua......perjalan diteruskan menuju pulang ke penginapan masing2.........















bagi trip kali ini.......perkataan camping bagai tidak wujud walaupun program yang sepatutnya dipanggilkan perkhemahan dan pendakian.........masalah mula muncul bila panggilan ku 3mggu sebelum itu dijawab oleh jabatan hutan cameron yang menyatakan tapak kem sungai pauh penuh dan telah ditempah oleh orang lain........Alhamdulillah masalah ku selesai setelah Mr P menghubungi semula (kawan Lamanya) bagi mendapatkan tempat bermalam.......aku bersyukur setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan walaupun terpaksa bekerja lebih........seperti yang sebelumnya,....aku mengharap semua yang hadir pada program ini berpuas hati diatas layanan yang xseberapa dari kami........terima kasih baut semua yang memberikan sokongan.........tanpa doa dan sokongan dari semua....program kali ini mungkin xdapat dilaksanakan........

No comments:

Post a Comment