Tuesday, October 26, 2010

perkara yang aku ingin kongsi bersama.......


14 hingga 17 oktober tempoh hari perjalanan hidupku bersambung lagi dalam menjalani perkara atau dalam erti kata lain hobi yang sering menggangu cuti ku..walaupun hanya sekadar penumpang tidak diundang bagi program ini. aku puas sebab dapat berjalan, mengalami pengalaman baru, berkenalan dengan rakan-rakan baru, dan paling penting bagiku ilmu yang seciput ini dapat ku kongsikan bersama mereka. Harap-harap satu benda yang boleh dipergunakan selagi ada hayat dikandung badan.
Pulau sibu......Bagi mereka yang pertama kali mendengar menyangkakan perjalanan terpaksa menggunakan pengangkutan udara, darat dan jua air.....walhal sebenarnya bagi mereka kaki pancing hanya mampu tersenyum bila ku gambarkan dimana pulau ini.....bagi mereka yang membaca blog ini..pulau sibu ini hanyalah berada diselatan tanah air...boleh menaiki bot dari tanjung leman di semapadan antara mersing dan kota tinggi di johor. Disini dimulakan cerita perjalanan ku.
Malam dingin lalu jam menunjukan jam 12 tgh malam kami mula bertolak menaiki bas dari UKM menuju ke Tanjung Leman bagi menaiki bot ke pulau sibu. Kegelapan malam dan ketidak kenalan aku terhadap mereka iaitu peserta program membataskan aku untuk berbicara bersama mereka. Dan menjadi sifatku untuk tidak bertegur sapa diawal prog hanyalah untuk menunjukkan kegarangan ku(poyo) supaya bila kehadiran aku ditapak prog kelak memudahkan aku menukar kata laluanku..
Begitu jua perangainya rakan ku didalam gambar ini. aksi telah menunjukkan siapa sebenarnya dia..kesejukan perjalanan malam disimbahi aircond yang sejuk didalam bas membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata. Disamping keterujaanku ingin menjejaki pulau sibu yang semakin menebal..mengingatkan perangai ketika aku digelar anak2 kecil satu ketika dahulu. Walaupun hanya ingin di bawa ke kajang yang jauhnya hanyalah 28 kilometer dari rumahku....
Setelah beberapa ratus kilometer perjalanan, hentian pertamaku adalah di Machap. Disini sedikit gambaran dimana tekanan sejuk itu kami lepaskan... Tekanan dah dilepaskan, perut jua telah diisi....perjalanan diteruskan menuju kedestinasi....tanjung leman here we come...
Jam menunjukkan 9.00pagi waktu tempatan....hari ini 15 oktober 2010 bersamaan 7 zulkaedah 1431 hijrah kami tiba di jeti Tanjung Leman. Agak terpencil tempat ini dan diluar imaginasi aku...walaupun agak jauh kedalam dari pekan kota tinggi...bayaran parking untuk sekali masuk dikenakan RM5 oleh metro parking...walaupun hanya ingin menghantar penumpang...bagi aku agak berat bayaran dikenakan untuk tempat seperti ini...tapi seperti dikata orang...tiada yang percuma didunia ini selain kasih yang maha kuasa..
Kurang lebih jam 10.30 pagi.....panggilan dari pengarah program Cik Intan cute dan Bro Ka yang macho kepada peserta prog untuk menaiki bot dapat didengari dari corong healer yang dibawa.....(termasukla aku panggilan bila panggilan itu dibuat)......bermulalah pengalaman untuk aku terutamanya yang agak fobia air ini..... Perjalanan diair ini mengambil masa lebih kurang 1jam 45 minit untuk kami sampai ke destinasi penginapan kami....Kambau Bay Beach Resort.......Pemilik yang sangat Frendly......Pak Ngah.....dibantu oleh anaknya Abg Zul dan DEDEK......dalam jam lebey kurang 12.30 petang kami menjejaki resort tersebut........
Seperti yang dirancang oleh pengarah dan ahli ajknya.....perjalanan prog dirungkai seperti yang dijadualkan.....setelah selesai makan tengahari.....acara pecah ais dijalankan.....sekali lagi kedengaran suara KA dar corong healer nya yang menjadi satu barang yang paling aku benci untuk dilihat disana ketika itu digunakan(jgn marah ye pengarah prog =))........
Aku hanya sekadar memerhati gelagat pelajar yang gembira sepertimana aku sambil melayan angin sepoi menarik... petang kian menjelma.....kali ini giliran rakan-rakanku pula untuk menerajui slot bersama ku....party time.....yeah.........
Waktu bermanjakan diri petang itu selesai tanpa sebarang kecederaan yang serius....bersyukur kehadrat ilahai atas limpah kurnianya.....malam menjelma dan cerah seperti yang dikehendaki......bermulalah malam percikan api seperti yang di idamkan oleh ku setiap kali program berlansung.....Cuma pada kali ini aku hanyalah sekadar pemerhati yang memerhati dari jauh.....maklumlah.....prog orang lain.....xkan nak masuk campor plak kan......tak malu plak nati dikata orang......hehehehe.........bagi mereka yang menerima hadiah pada malam itu.....pohon maaf dari pihak kami abg-abg yang sengal ni ucapkan....walaupun tiada yang menarik berlaku.....abang mohon maaf jua bagi pihak abg2 yang pergi......
Aturcara berakhir lewat........seperti yang dikehendaki oleh pihak pengarah jua penganjur program.....program menajaga kami tidur mengambil waktu.......terima kasih buat pengawal semua.......=)
16/10/2010.....pagi yang indah bermula.....sukar untuk aku gambarkan ketenagan air laut pagi itu.....beshnya sekiranya hati yang gelodak ini setenang hening pagi ini.......bersyukur kerana kehidupan itu masih milik ku.....
Pagi ini dimulakan dengan sarapan pagi yang menarik dan mega aktiviti hari ini bermula........ye ha......SNORKELING time......i loike.........seperti biasa......aku ditugaskan untuk mengawal trafik dan juga para pelajar yang sedang berenang.....sedangkan aku pun seperti mereka........leka dan hanyut melayan landak laut yang mudah dilihat.....arus agak kuat hari ini......agak sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat keindahan yang ada.......mohon penjagaan dari sume pihak agak Coral or apa jua hidupan laut ini tidak dijahanamkan hanya kerna mengejar kekayaan untuk kegunaan sendiri.......
Cukup bersantai 1jam bagiku......terik mentari pagi semakin aku rasakan......masa untuk aku naik......walaupun tidak semua tempat sempat untuk aku menerobos sepenuhnya....... group pertama yang bersama ku dipanggil untuk keatas......peralatan yang digunakan bagi mereka diguna pakai oleh rakan-rakan yang lain pula..........
Setelah perbincangan diantara abg Zul dan Cik Intan cute selesai......group pertama bersama ku meneruskan perjalanan menuju ke kampung asal pulau Sibu.....dalam ertikata lain Le Tour De Kampung la lebih kurang........ku biarkan gambar ini menceritakan segalanya......




Setelah perjalanan yang agak jauh untuk pergi dan pulang kami kembali semula ke kambau besch untuk santapan tengahari........bagi acara petang ini disambung semula mega aktiviti yang kedua menuruni dari tempat tinggi menggunakan tali......(abseiling).......aku pula ditugaskan sebagai marshal untuk memeriksa keselamatan si pemakai abah-abah....kali ini segala jenis perasaan jelas terpancar dari wajah peserta....yang seram sejuknya....yang takutnya.....yang kaki jadi mesin jahit pown ada.......tapi yang aku pasti wajah keceriaan itu terpancar walaupun terpaksa melawan ketakutan atau fobia dari tempat tinggi seperti aku alami....hehehehe.........
Alhamdulillah.....berakhir petang ini dengan tiada sebarang kemalangan......hanya terdapat sebilangan kecil peserta tidak dapat meneruskan kerana faktor cuaca......mengharapkan ada kelapangan esok jua untuk mereka...........
Hujan yang turun sejak petang tadi belum jua mahu redanya......jam hampir menunjukkan pukul sembilan malam......setelah selesai bersantap.....program diteruskan......aku bersama rakanku hanya memerhati gelagat mereka dari sudut pandangan yang berbeza aku rasa......alangkah seronoknya sekiranya punya masa yang boleh dikembalikan.....erm........malam terus berlalu dan hujan yang lebat kian reda dan berhenti menyambung waktu.........
17/10/2010.......merupakan hari terakhir aku berada disini.......mungkin tidak banyak yang dapat dilakukan....tapi kenangan berada disini itu yang terpahat dihati......aktiviti yang tergendala semalam disambung semula.........setelah selesai sarapan pagi hari itu......kami menyambung semula aktiviti yang tersangkut petang semalam untuk diselunaskan.......setelah selesai semua.......aktiviti bebas pula berlansung.........dalam jam lebih kurang 1 tghari......kami memulakan langkah bergerak pulang menuju semula ketanjung leman.....




Jutaan terima kasih ku ucapkan buat kelab rakan muda UKM, Bangi dalam penganjuran program seperti ini dan jemputan mereka untuk berkongsi ilmu dengan ku.....kepada pengarah program jua semua yang terlibat.....sekali lagi jutaan terima kasih ingin aku ucapkan dan jutaan maaf sekiranya sepanjang program berlansung ada yang tersinggung dengan kata-kata jua tingkah laku ku dan rakan-rakanku.......mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan supaya segala yang ada dapat dikekalkan untuk ditunjukan buat yang lain dan generasi akan datang.....selain dapat memupuk semngat kerjasama dan ukhuwah sesama kita........

5 comments:

  1. terima kasih juga sebab banyak benda yang kami belajar dari abang2 semua....
    terima kasih jugak sebab sudi share something pd malam itu....walaupun skit, tp amak bermakna ^_^
    tercari2 lagu yg abg nyanyi tu. tp tak jumpa sbb tak ingat tajuk dan penyanyi dia...hehee

    ReplyDelete
  2. dik noon: tajuk lagu tu berita buat kawan...penyanyi dia ebiet g ady.....he's indonesian....

    ReplyDelete